Saturday, July 26, 2008

meningkatkan diri dalam sukan...

Saya berharap apabila saya masuk sekolah menengah nanti saya dapat melahirkan lebih tentang minat saya dalam bersukan. '
SPORTS IS THE BEST! BUT NEVER EVER FORGET YOUR STUDIES!' dalam bahasa melayu ia bermakna 'BERSUKAN ADALAH BAGUS! TETAPI JANGAN PERNAH LUPA UNTUK BELAJAR!' Saya akan terus belajar dan bersukan. Setiap hari saya akan cuba meningkatkan 'skill' saya dalam bidang yang amat dan selalu gemari iaitu BERSUKAN!

Kenangan bermain 'floorball'

Disitulah berakhir pertandingan kami. Memang betul ia memang adat pertandingan menang atau kalah kita haruslah gembira jika kita telah benar-benar bermain dengan bersungguh-sungguh. Bermain permainan 'floorball' ini telah banyak menyedarkan saya bahawa kerja sama satu kumpulan amat penting. Dari pertandingan inilah saya telah lahirkan minat saya dengan pemainan 'floorball' ini. Di sekolah menegah nanti saya harap untuk memasuki 'cca' iaitu 'floorball'. Dalam pepatah inggeris 'FLOORBALL IS THE BEST!'... (((:

Pertandingan terakhir..

Pertandingan terakhir ialah suatu kenangan yang saya tidak pernah ingin melupakan. Kami bertanding dengan XISHAN. Apabila sampai di tempat pertandingan saya dan rakan-rakan saya terkejut apabila melihat betapa tinggi pemain-pemain mereka. Rasa ketakutan sentiasa ada. Namun saya cuba untuk memberi kata-kata semangat kepada kumpulan saya. Walaupun kita menang atau kalah ini cuma suatu pertandingan.Dari pertama kali saya melihat mereka saya tahu bahawa ia akan menjadi amat susah untuk kami memenangi mereka. Kami mula bermain. Setiap minit mereka asyik menjaringkan gol sahaja. Saya cuba menjaringkan gol. Saya menjaringkan gol untuk DAMAI . Namun seorang daripada pemain XISHAN tertolak saya dengan kuat dan dia boleh menjaringkan gol namun tidak dia menolong saya untuk berdiri dan bermain semula dan dia langsung tidak kesah dia tidak menjaringkan gol. Saya melihat ke mukanya kami berdua hanya tersenyum. 'PIT!!' tanda berakhir pertandingan kita. Kami bersalaman dan saya berasa gembire walaupun kita telah kalah tetapi saya boleh memuji sikap baik pemain XISHAN itu.

Pertandingan ...

Selepas beberapa latihan kami bertanding dengan sekolah lain. Sekolah pertama yang kami bertanding dengan ialah CASUARINA. Saya sangkakan kami akan kalah dengan mereka tetapi sangkaan saya salah. Tinggal beberapa minit sahaja dan saya langsung menjaringkan gol . Kami seri dengan mereka satu sama. Mereka juga telah menjaringkan gol. Saya sangat gembira walaupun kami tidak menang mereka kami dapat seri dengan mata mereka. Setelah itu saya sebagai kapten mewakili DAMAI mengucapkan terima kasih kepada CASUARINA kerana telah bertanding dengan sekolah saya. Begitulah juga daripada CASUARINA, kaptennya mengucapkan terima kasih juga. Saya berasa gembira dapat bertanding dengan CASUARINA. Dari pertandingan pertamalah saya dapat tahu adat bersukan, menang atau kalah kita tidak bolehlah bermusuh.

Latihan yang diberi...

Kami hanya diberi dalam beberapa minggu dengan latihan.
'Floorball' bukanlah 'cca' di sekolah kami pada masa itu. Dan dalam apa-apa permainan pun pasti kita harus ada benda-benda yang diperlukan. Selepas kami mengadakan latihan pertama sedikit daripada kami tidak diperlukan . Selepas beberapa 'selection' cuma lima belas perempuan diperlukan. Kami pun terus berlatih. Pertandingan kami dekat sahaja. Kami tidak ada cukup latihan. Tetapi kami tetap bertanding..((:

'FLOORBALL' dari mana??

Ramai tahu tentang permainan 'floorball' ini.
'Floorball' ialah salah satu permainan yang amat pantas dan cepat.
Tapi dari manakah asalnya? Tahukah anda? 'FLOORBALL' apakah maksud sebenarnya?
Banyak benda yang anda tidak tahu? tidak mengapa ..
Asal 'floorball' sebenarnya dari SWEDEN. 'FLOORBALL' dalam bahasa melayu bermaksud bola lantai. Adakah ia betul?
Sebenarnya nama 'floorball' ini kerana bola ini di main di lantai..

Sukan yang saya minati...

Sukan yang amat saya minati ialah 'FLOORBALL'. Saya diperkenalkan kepada sukan ini apabila sekolah saya memilih beberapa murid lelaki dan perempuan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ' 2ND INTER-SCHOOL FLOORBALL COMPETITION.' Saya dapat mewakili sekolah saya.
Namun kami cuma diberi beberapa latihan sahaja sebelum kami bertanding dengan sekolah lain. Sekolah-sekolah yang bertanding dengan kami ialah Casuarina,Pasir Ris, Xishan dan Jun Yuan. Saya dipilih sebagai Kapten untuk kumpulan Perempuan.